2008
- aper yg berlaku yer…hmmmm aku still blaja lagi..terkedek2 tiap hujung minggu menapak ke stesen komuter awal pagi semata2 hadiri kuliah di ukm..
-thanks 2 my fren NOREHAN coz sudi tumpangkan aku sekali sekala ke UKM.
- tahun ni juga mengajar aku menjadi semakin matang dalam hidup apatah lagi dalam menentukan halatuju masa hadapan..tapi,haha…sering juga aku merasa rendah diri,merasa kepenatan yang amat sangat lantaran perjalanan hidup aku tiap2 hari ulang benda sama jer…kalau ader cuti akulah yg paling hepi rasanyer…sbb time tue lah aku ley g shopping…jalan2 tgk kerenah manusia di bumi Allah ini…hmm..umur pun semakin hari semakin kurang…harus sentiasa beringat…
- thn nie aku 24, thn depan…25…hah? 25? biar betul….aku rasa macam baru jer habis peksa SPM…hehe…haruskah akuuu percayaaa….aduh…gi mana nih…
- dan yg paling aku sebal sgt thn nie…adalah thn yang mendukacitakan…prestasi kerja aku kurang memberangsangkan…aku sendiri mengaku walaupun orang lain tak nampak…tapi aku sendiri rasa yang aku tak ikhlas sgt thn ni…tak ikhlas dengan diri sendiri…masyaallah…aper dah aku lakukan…mungkin kerana tekanan belajar…tekanan dari bos…ehem2..tekanan dari pelajar dan kawan2…macam2…
-biarlah…biarlah noktah hitam itu berlalu begitu sajer…usah dikenang dan diingat…kite semua manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan…tinggal lagi kiter cepat atau lambat sedar akan kesilapan yang kite lakukan..samalah macam aku…pada mereka yang rasa aku pernah salah padanya…maafkanlah…
-harapan agar 1429@2009 yang bakal hadir memberikan cahaya dan sinar baru dalam kehidupan…moga limpah kurnia rezki dari YANG MAHA ESA dapat memberi jalan kebenaran yang nyata dalam kehidupan kite…agar tiada lagi kegelapan yang menyelimuti…biar hamparan cahaya menyimbah…biar sekelumit gelap hilang…hidup baru bersama tekad dan keazaman yang baru…yang lebih sempurna….Amin…
kita sebenarnya …..lebih suka menyambut 1 januari daripada menyambut satu muharram
kita sebenarnya….lebih mengingati tarikh 14 februari daripada 12 rabiulawal
kita sebenarnya…… lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan
kita sebenarnya….lebih suka menghafal lagu daripada menghafaz nama2 allah atau nama nabi2
kita sebenarnya…lebih gemar memicit hanphone untuk sms daripada mengalun tasbih dan tahmid di jari
kita sebenarnya…..lebih gemar membaca majalah hiburan daripada membaca alquran
kita sebenarnya…….lebih suka melepak dan berjalan2 daripada mengunjungi masjid
kita sebenarnya…..lebih mementingkan urusan dunia daripada urusan akhirat…
TETAPI…jika ditanya apakah anda mahu matlamat anda sebagai seorang islam, tentu anda menjawab tentulah nak masuk syurga…TETAPI….pernah tak kita terfikir…layakkah kita untuk memiliki syurga ALLAH?
SEMOGA MENJADI PANDUAN WALAUPUN SECEBIS…
JUMPA LAGI…WSLM♥♥♣
salam…
ini sekadar pendapat sendiri….jika ada yang tak puas hati..sebarang komen dialu-alukan…setuju atau tidak…ini adalah apa yang saya lihat dan nampak setakat hari ini…
mulanya saya percaya pada statement ” LELAKI SEMUA SAMA AJER” kemudian saya juga tetap percaya pada statement “PEREMPUAN SEMUA SAMA AJER”
pelik kan? percaya atau tidak, saya akui kedua2 statement itu dengan hati terbuka berdasarkan bukti yang pernah saya lihat di hadapan mata. mungkin pengalaman sendiri, mungkin pengalaman sahabat2 saya, mungkin juga pengaruh media massa, mungkin juga pengaruh bahan bacaan….
apapun….teruskan teliti apa yang mahu saya sampaikan ini
ada apa dengan lelaki?
seseorang perempuan memerlukan lelaki…
1. yang handsome/sedap mata memandang agar ada rasa bangga dalam diri tapi sering lupa kehandsomeman hati lebih utama.lagi satu…awak tue cantik sangat ker..hehe
2. yang hatinya jujur dan tulus menyayangi dirinya sedangkan dalam masa sama diri sendiri tidak jujur dengan ungkapan sayang yang dia sendiri ucapkan pada lelaki itu.( mugkin macam lelaki gak…buat spare cari dulu)
3. yang kerja tetap, poket berduit…tapi tak nyatakan terang2an sebab takut kecik ati,dan dalam masa sama masih berharap ada lelaki yang lebih mantap poketnya datang hulurkan salam (senanglah nnt cari alasan reject yang sedia ada)
4. yang selalu amik berat tentang dirinya,sms n call selalu,nak g maner lapor dulu,ermmmm padahal tak tahu yang laki tue separuh nyampah nak layan kerenah pompuan kalau bab2 amik berat nih..( memang ada sesetengah lelaki yang terang2 menunjukkan prihatin…tapi ada gak golongan yang tak pandai nak tunjukkan rasa prihatin secara lahiriah, tapi sebenarnya dia memang jujur menyayangi dan mengambil berat tantang dirinya)
5. yang romantik,bg hadiah,bg bunga, bagi coklat n macam2 lagi lah..konon tanda sayang lah…memang mulut pompuan akan cakap…”buat susah2 jer,terima kasih” atau “naper bg saya hadiah nie,birthday saya kan lambat lagi” atau ” nie…tanda awak sayang saya ker?” tanya lah konon padahal dalam hati tue ada due maksud
a) kalau hadiah mahal- ermmm kalau selalu macam ni kan bagus…tentu banyak duit ni
b) kalau hadiah murah- hehe kalau macam nie aku pon leh beli sendiri,setakat bagi benda murah nie,kirim salam jer lah lepas nih
p/s: tapi ade gak yang ikhlas menerima seadanya. bukan senang nak dihargai…betul tak n tak der salahnya bersyukur…
6. yang akan berjanji menyunting dirinya untuk dijadikan isteri. hah! ye lah…pompuan perlu pikir komitmen…kalau setakat nak wat main2,tukar2,isi masa lapang,wat teman shopping n makan,baik ajak kucing ajer…
so sebagai lelaki…tegas, berpendirian,ada matlamat hidup dan paling penting beragama..itu kualiti seorang lelaki…nak cakap pasal tanggungjawab? huhu…laki pompuan ader tanggungjawab masing2…itu pikirlah sendiri…tapi must be more responsible bile nak babitkan masa depan.
sebagai pompuan pulak…walau apa pon yang ada pada lelaki…pikir dulu tentang diri sendiri…cukup bagus n layakkah menjadi sayap kiri seorang lelaki? cukup mantap ke emosi,fizikal n spiritual untuk menghadapi hari mendatang dengan seorang lelaki? dan cukupkah ilmu di dada untuk berpegang pada keyakinan utuh bahawa jodoh itu tetap ada di genggaman Allah..segalanya telah ditentukan,mencari,mencuba,berkenal memang boleh…tapi awas…jika tersalah langkah…buruklah padahnya…
dan bercakap sebagai seorang perempuan…teguhkan hati dan pendirian…jangan mudah lalai dan alpa,jangan mudah mengatakan ya pada “mereka” . Fikir sebelum bertindak..moga kita dijauhkan dari sebarang malapetaka dan bencana fitnah dunia..Amin….
Sampai sini dahulu…wassalam..
♥
♥Assalamualaikum…♥
Ukhwah yang terjalin usah dibiar sepi…♥
Moga sentiasa ada walau jauh di mata…namun tetap kekal dekat di hati..♥